Lawatan ke Institut Pengajian al-Quran(IPAQ)

Pada 10 Januari 2017, skuad Asatizah telah membuat lawatan ke Institut Pengajian al-Quran(IPAQ) yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perjumpaan bersama dengan penyelaras IPAQ dalam membincangkan tentang hubungan antara IPAQ dengan UTM dalam projek Asatizah. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengenali institut tersebut dengan lebih mendalam. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh lima orang pensyarah UTM, tiga penyelaras IPAQ serta tiga pelajar praktikal multimedia bawah seliaan PM Wardah.

Print Friendly, PDF & Email

Comments are closed