Objektif

Program ini mempunyai TIGA objektif seperti berikut:

i) Mendapatkan peserta program dari kalangan kanak-kanak Islam dari Yayasan Chow Kit dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, menyertai Program Asatizah Muda secara rela hati melalui sesi taklimat yang dihadiri oleh ibubapa/penjaga kanak-kanak tersebut.

ii) Menyampaikan modul Asatizah Muda bercirikan Ulul Albab kepada peserta program sebagai persiapan untuk mereka menjadi ahli pasukan skuad pembantu tenaga pengajar asas al-Quran kepada anak-anak istimewa di organisasi yang terlibat.

iii)   Melaksanakan sesi latihan praktikal sebenar oleh skuad Asatizah Muda kepada anak-anak autisma di Yayasan Faqeh.

Print Friendly

Comments are closed