Archives for February 21, 2018

Protected: Mesyuarat JKPIKJ Bil 1 2018 pada 21 Februari 2018

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Hadith Penawar Hati #28 Kelebihan azan dan solat saf pertama

 

…seandainya mereka tahu akan kelebihan azan dan saf pertama, pasti mereka berebut  sehingga hanya boleh dapat melalui undi”

Tawaran yang diberikan kepada orang islam – azan dan mendapat saf yang pertama.

Kelebihan azan (menjadi muazin)

  1. Azan adalah syiar islam – menandakan di tempat itu ada orang islam. Semasa zaman nabi menghalang peperangan di kawasan yang terdapat laungan azan.
  2. Hak orang islam untuk melaungkan azan – sekarang ada kes orang kafir mempertikaikan laungan yang kuat daripada masjid. Jadi bacaan Al Quran boleh dikurangkan tetapi azan tiada kompromi.
  3. Azan menjadikan syaitan lari daripada tempat itu. Kes zaman nabi, azan dilaungkan sehingga syaitan lari daripada bandar Madinah (approx 30 batu) dan kemudian kembali semula. Tips untuk azan bagi kes bayi yang nangis kerana gangguan (yakin dengan azan tersebut). In case datang lagi, azan lagi berulang-ulang.
  4. Muazin adalah satu profesion yang berprestij tinggi. Contoh; di Turki ada pertandingan azan. Pahala muazin adalah lebih besar daripada imam.

Kelebihan mendapat saf pertama

  1. Kosong saf pertama adalah haq/tanggungjawab yang perlu diambil.
  2. Tidak boleh juga ambil saf pertama sebagai hak orang lain. Means, orang dah sampai dulu.
  3. Boleh booking? – di dalam islam tiada kaedah booking tempat. First come first serve. Toleransi, dalam tempoh sekejap takpe – tapi kalau lama dan menyusahkan orang lain adalah tidak dibenarkan.
  4. Lurus dan jangan putuskan saf – nanti Allah akan sambung rahmat. Menunjukkan disiplin solat yang teguh dalam umat islam. Sebagai contoh di Mekah, once iqomah – terus semua jemaah boleh susun dalam saf yang cantik.  Kalau  boleh bawa perkara ini ke dalam kerja – untuk pastikan keseragaman dan precision. Eventhough nampak macam tak muat – insya Allah muat.
    • Bagaimana untuk rapatkan saf? – bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki tetapi dalam mazhab shafie tidak sesuai aturan sedemikian
    • Dalam mazhab shafie yang relevan ialah asalkan bersentuhan bahagian bahu/tangan. Kaki pula jarak bukaan antara tumit lebih kurang 1 jengkal.

Jika mereka mengetahui fadhilat bersegera ke masjid setelah azan dilaungkan, mereka akan bersegera untuk mendapatkannya…

  1. Manusia perlu lebih peka dengan masa. Apps; waktu solat Malaysia (by Murad) ialah apps yang bagus kerana memberi waktu solat yang tepat dan koordinat berubah mengikut lokasi kita pergi. Widget pula boleh diletak dihadapan handphone.
  2. Bersedia fizikal dan mental untuk solat awal waktu. E.g. 1.30 tengahari untuk solat – then 1.30 itulah waktu yang sesuai untuk memulihkan roh dan fizikal kita. Peluang exercise berjalan ke masjid bersegera ke masjid.
  3. Isyak dan Subuh adalah 2 waktu yang paling berat.
  4. Masa ialah Allah yang bagi pada kita. Sekiranya kita menggunakan masa untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan masa untuk kita.
  5. Untuk muslimah – tiada tegahan untuk wanita pergi ke masjid tetapi di rumah adalah lebih afdhal. Walaubagaimanapun, sekiranya di masjid lebih khusyuk, ada majlis pengajian, boleh solat sunat maka lebih afdhal pergi ke Masjid. Setiap pahala yang diperolehi oleh suami yang ke masjid, maka pahala yang sama akan diperolehi oleh isteri yang ada dirumah.
  6. Solat jemaah 27 kali ganda berbanding solat sendirian. E.g. Sahabat nabi sedeqah kebun kurma kerana ralit berkebun sehingga terlepas solat awal.

Adab azan

  1. Diam semasa azan dilaungkan
  2. Membalas setiap bacaan azan
    • La hau lawala kuwata ilah billah – tiada daya dan upaya (kecerdikan, kepandaian, skills, kaedah)
    • hil aliyul azim – melainkan dengan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha agung.
  3. Doa selepas azan – khas untuk rasulullah untuk dapat shafaat dan bantuan rasulullah semasa hari kiamat kelak –  dapat minum di telaga kauthar

Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadikan kita solat awal waktu dan dekat dengan amal soleh.

Tazkirah pagi UTM KL Dr Fathi,
21 Februari 2018, 8.30 – 9.20 pagi
Aras 17, UTM KL