Archives for May 2018

Bijaksana

Bijaksana ialah kerana ilmu, ketetapan hati, meletakkan sesuatu pada tempatnya serta menilik sesuatu menurut harganya. Hikmah kebijaksanaan adalah anurgerah istimewa dari Allah – sesiapa yang mendapat, ia memperoleh anugerah yang sangat banyak.

Tidaklah bijaksana orang orang yang membenarkan perkara yang dusta, meluruskan barang yang bengkok atau orang yang memasuki perkara yang bukan keahliannya.

Kurang cerdas dapat diperbaiki dengan belajar, kurang cekap dapat dihilangkan dengan pengalaman tetapi jika kurang jujur – sulit memperbaikinya.

Petikan daripada buku Peribadi – Abuya Hamka