Cerita pagi ini..

Selalunya setiap pagi jika saya sampai ke ofis ada sapaan mesra dari makcik fatimah (cleaner di bgnan mjiit). Sebab kalau lampu koridor pasang setiap kali saya sampai saya tahu makcik mesti dah sampai dan kalau saya sampai lampu koridor masih tidak dibuka, maksudnya makcik fatimah tak sampai lagi.Pagi ni lampu koridor bergelap. Dan saya tahu makcik fatimah belum sampai lagi. Dan dlm fikiran saya agak makcik mungkin cuti agaknya.
Rupa2nya makcik fatimah sudah sampai tetapi terperangkap di dalam lif selama 1 jam setengah. Kesian dia bergelap..tanpa aircond. Berpeluh2 dalam lif..nasib tak pengsan..sbb makcik fatimah dah berumur dalam lingkungan 60 an.
Lepas keluar dari lif saya terserempak dengan makcik dan makcik bercerita..”ujian Allah” katanya..”kena tenang”….terkesima saya sekejap..kalau saya jadi mcm makcik fatimah..mahu panik dah saya.

Saya kagum dgn makcik ni..membesarkan anak2 tanpa suami di sisi (suami dah meninggal) dan kesemuanya berajaya ke universiti malah ada yg disponsor ke luar negara. Banyak ibrah kehidupan yg blh kita dpt belajar dari dia.

Teringat kata2 seorang kawan..kalau kita tak nampak sahabat2 yg selalu kita lihat selama seminggu..tanya2kanlah kabar..telefon2 lah….dan cerita ini ibrah utk saya..kena selalu keep in touch with our beloved ones..

Print Friendly, PDF & Email

Speak Your Mind

*